Welcome ~

Pages

Thursday, May 19, 2011

SYAITAN LAKNATULLAH




Apa yang nak aku kongsikan disini untuk sama-sama kita renungkan adalah syaitan-syaitan yang mewakili iblis untuk menggoda umat manusia  sehinggalah datangnya hari kiamat.

TSABAR
Dia selalu mendatangi manusia yang sedang kesusahan atau dilanda musibah seperti kematian, kesempitan hidup dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menghasut manusia supaya timbul perasaan benci terhadap Allah swt dan kemudian manusia yang ditimpa musibah tersebut akan marah serta caci maki terhadap ketentuan Allah swt terhadap dirinya.

DASIM
Syaitan ini selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba serta menimbulkan perasaan benci diantara pasangan suami isteri sehinggalah berlakunya perceraian.

AL-A’WAR
Makhluk laknatullah ini adalah punca dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak makhluk ini menjadikan susuk  tubuh kaum wanita sebagai penarik ketika mereka berada diluar rumah dan kaum wanita masa kini khususnya terlalu suka mendedahkan tubuh mereka untuk tantapan umum menjadikan urusan makhluk ini semakin mudah serta mengembirakan kaumnya bersama kerajaannya yang besar.


MASWATH
Makhluk yang cukup pandai dalam menciptakan pembohongan mahupun yang besar ataupun yang kecil.

ZALNABUR
Syaitan jenis ini sentiasa berkeliaran di pasar-pasar di seluruh pelusuk muka bumi. Merekalah yang menwujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan faham serta rasa ingin bunuh membunuh antara sesama manusia.

Thursday, April 28, 2011

MELAYU MUDAH LUPA

Sajak ini telah dizahirkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada Perhimpunan Agong UMNO 2001



Melayu mudah lupa...Melayu mudah lupa...Melayu mudah lupa                            
Dulu bangsanya dipijak...Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak...Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak...Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak...Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua...Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina...Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa...Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita...Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil...Melayu mudah lupa

Dulu bangsanya terpencil...tiada daulat, tiada maruah, tiada bebas
Melayu mudah lupa...Melayu mudah lupa...Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena...tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah...ingatlah...ingatlah...wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi...kerana perjuanganmu belum selesai.




Sunday, April 24, 2011

MELAYU



Persoalan yang timbul di kota fikiran aku untuk kita renungkan bersama adalah sikap bangsa aku yang bernama MELAYU. Tidak keterlaluan jika aku nyatakan sokongan aku terhadap kebenaran yang dilontarkan oleh bekas mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap bangsa melayu, bangsa yang mudah lupa. 

Sebelum aku terlajak bicara, terlebih dahulu...aku ingin memohon maaf jika akan ada kata bicara aku yang menyinggung penglihatan serta menyilaukan pandangan para pembaca budiman...!!

Tetapi ini adalah hakikat buat bangsa aku...kenapa kita orang Melayu mudah lupa..?! Sedih bercampur hiba melihat perangai, mentaliti serta tindakkan kita orang melayu. Hanya kita orang melayu yang mempunyai perasaan hasad dengki, busuk hati serta suka jatuhkan bangsa sendiri...apa yang boleh kita perolehi dengan bersikap sebegini. Apakah kita berasa dengan menjatuhkan bangsa sendiri kita perolehi kemenangan serta kemegahan...apakah ini yang kita inginkan, untuk melihat bangsa kita rebah ditangan kita sendiri...!!!

Akan ada tangan-tangan bertepuk dan suara bersorakan menanti untuk melihat bangsaku berpecah belah hingga rebah. Adakah pada ketika dan saat itu baru kita mahu sedar dan bersatu demi mempertahankan maruah bangsa sendiri...tika saat bangsaku sedang menuju kehancuran..!!!

Bangunlah wahai bangsaku...bangsa MELAYU yang aku kasihi serta kagumi dengan semangat juangnya...bersatulah kita, demi masa depan bangsa kita, demi anak cucu kita serta masa depan mereka. Amin.