Uhhh, lama betul aku tak update blog aku nie...bukannya apa cuma aku agak sibuk dengan tugasan seharian serta melayan keletah anak-anakku yang sedang membesar. Namun setelah sekian lama menyepi, kini aku kembali untuk berkongsi cerita dengan teman-teman sekalian. Coretan aku pada kali ini tentang percutian keluarga aku ke Tanah Tinggi Cameron (TTC).
Sebenarnya lama juga aku tak menjejakkan kaki aku ke TTC nie kali terakhir ialah pada tahun 1998 dah hampir 13 tahun...nie merupakan salah satu alasan aku untuk bawa keluarga aku bercuti disana. Tapi yang kesiannya anak-anak aku dah macam mabuk laut dibuatnya. Walau macam mana pun rasa teruja untuk sampai ke Tanah Rata mengatasi segalanya. Alhamdulillah tepat jam 2.35 petang aku sampai ke tempat yang nak dituju.
Sampai saja di Brinchang, langkah pertama adalah mencari tempat penginapan. Selepas chek-in di Equatorial Hotel aku terus bawa keluargaku cari gerai makan di Tanah Rata.
Keadaan di Tanah Rata telah banyak berubah dari kali terakhir aku kesana...pembangunan agak pesat dengan banyak terbinanya pusat peranginan seperti resort, golf club, apartment bergitu juga pusat komersial seperti rumah kedai serta pejabat, jadi untuk mencari makanan bukanlah sesuatu yang sukar diCameron..cuma yang agak mengecewakan ruangan tempat meletak kenderaan dah macam KL, susah nak dapat..!! mungkin juga kerana waktu hujung minggu kot ramai yang ke Tanah Tinggi namun setelah selesai saja pekenan nasi campur aku terus balik ke hotel untuk istirehat seketika sebelum memulakan aktiviti percutian aku yang pertama.
Jam ditangan dah menunjukkan pukul 4.30 petang, cuaca di Tanah Tinggi memang amat nyaman dan sejuk. Kelakar juga bila tengok bilik hotel tak ada aircond yang cuma ada ialah kipas angin...itulah keistimewaan Tanah Tinggi setidak-tidaknya safe sikit pemilik serta pengusaha hotel dan resort disini untuk membayar bil letrik mereka...hahahaha.
Bila aku sebut pada anak-anak aku tentang niat aku nak bawa mereka ke ladang teh mereka terpinga-pinga...mungkin mereka terlalu kecil untuk memahaminya tetapi sekurang-kurangnya ini dapat memberitahu anak-anak aku bahawa air panas yang disukai oleh mereka ramuan utamanya berasal dari sini. Mula-mula aku bawa anak-anak aku masuk ke gerai menjual teh, lihat aja gelagat mereka semua nak ditanya serta diberi penerangan..pengsan ayah nak jawab satu persatu. Ibu minta bantuan..!!! TQ
Pastu aku bawa mereka untuk turun ke ladang teh...saujana mata memandang, siapalah agaknya pemilik ladang teh nie..?! ada sesiapa boleh tolong bagi jawapan, cukup luas sekali seluas bukit bukau yang terdapat di Tanah Tinggi sungguh kagum aku melihatnya.
haaa, bila dah sampai ke kawasan ladang teh biasalah aku, siap suruh anak aku pose macam model untuk iklan teh laks....aisskk!!! lihat ajalah aksi permata hati aku ini..habis pucuk teh dipatah-patahkan mereka...mungkin protes dengan ayahnya kot asyik tak habis-habis suruh posing...sebelum mandur ladang perhambat aku, baik aku bawa anak-anak aku naik ke atas semula...maaf yea tuan punya ladang...hehehehehe!!! Jangan Mare.
Pastu bawa anak-anak aku pekena teh...ayah jangan lupa abang nak cup cake satu okey..!!! kata anak lelaki aku. Wahai si ibu tak nak order ke?
Selesai aja, aku beli sedikit cenderahati dari gerai yang menjual hasil teh dari ladang teh barat nie...berkotak-kotak gak lea teh uncang yang aku beli untuk dibawa balik ke KL tapi takda lah sampai leh buka kedai teh...hehehehe.!!! Destinasi aku seterusnya pasar malam di pekan brinchang, nak lihat juga apa yang terjual dan tersedia untuk pengunjung ke pasar malam di Tanah Tinggi nie. Setelah penat berjalan mengharungi satu demi satu gerai, rata-rata hasil jualan mereka sama...kalau tak buah strawberri mesti jagong rebus atau bakar, tak kurang juga yang jual sayur-sayuran al maklumlah di Tanah Tinggi kan terkenal dengan hasil pertaniannya..namun aku tertarik dengan satu kedai nie yang jual madu lebah.

selain menjual madu lebah liar uncle kita nie ada menjual juga hasil dari lebah bela...tapi yang bestnya dan pasti tak leh jumpa kat pasar malam jalan TAR atau pun pasar carboot di Shah Alam ialah madu lebah stick dan yang paling teruja aku nak cuba ialah madu lebah yang masih dalam sarang lagi seperti gambar kat bawah nie...satu cup tu RM 5 hinggit tapi aku ambil satu slice jea kecik sikit regernya RM 2 hinggit..not bad satu pengalaman yang baru selalunya kita makan madu guna sudu yang nie guna pencungkil gigi..aisskkk!!!
setelah puas cuci mata sambil cari makanan untuk makan malam, aku pun start keta untuk balik ke hotel. Tapi sebelum tuh, kena singgah kea farm untuk beli buah strawberri sebagai pencuci mulut..yam..yam!!! orang kata buat strawberri nie manis bila dimakan kat Tanah Tinggi..?! betul atau tak jom kita cuba..!!
Selesai menjamah makan malam aku terus santai didalam bilik dengan anak-anak dan wife aku, lihat aja gelagat anak-anak aku setelah kekenyangan,
tak boleh berenggan dan macam-macam aksi yang dipamerkan..hehehe!!! Jam 9 mlm aku bawa family aku turun ke bawah untuk lihat suasana malam sambil bersantai sebentar di lobby hotel untuk merasakan kedinginan waktu malam di Tanah Tinggi.
habis semua buku di lobby hotel anak-anak aku baca dan koyakkan...hahahahaha, pada malam tu ramai juga yang turun bersantai di kawasan lobby hotel nie hampir setiap sudut ada saja pasangan kekasih dan keluarga berkumpul. Setelah selesai pekena teh 2 cawan aku bawa keluarga aku keluar di sekitar kawasan hotel untuk merasakan dingin malam di Cameron. Ternyata kesejukan sebelah malam di Cameron mencecah suhu dibawah 10 darjah celcius, lihat aja gelagat isteriku yang hampir tidak tahan kesejukan..hehehehe, tapi anak perempuan aku nie steady jea..."like father like daughter".
Hampir jam 11 mlm aku dan anak-anak aku naik ke bilik untuk beristirehat. Pengalam hari pertama di Cameron amat menyeronokkan bersama anak-anak dan isteri aku. Tepat jam 12 mlm kami sekeluarga masuk beradu.
Seawal jam 8 pagi aku dah gerakkan anak-anak aku untuk bangun, mungkin kerana keadaan cuaca yang dingin memang liat untuk mereka berpisah dengan waktu tidur mereka. Cuaca diwaktu pagi memang mendamaikan di Tanah Tinggi dengan udaranya yang nyaman serta dingin cukup membangkitkan kesegaran.
tetapi misi untuk membangunkan anak-anak aku tetap harus diteruskan dengan semangat yang kental...hahahahaha..pagi nie mandi ayak panas yea...wahai anak-anak ku..!!!
setelah selesai menyiapkan anak-anak, aku sekeluarga turun untuk bersarapan.
Pagi nie sarapan ala buffet bak kata omputih "just eat what you can"...hehehehehe blasah jangan tak blasah..aiitt !! abang tengok jea ke, tak nak makan ke, tengok adik dah memulakan operasinya....adik pandang ke ayah senyum...senyum, ayah nak tangkap gambar adik nie...adik..adik..!!! takdea respond lea.
Selesai bersarapan santai sebentar di lobby hotel untuk seketika sambil lihat barangan yang boleh dijadikan cenderahati.
berginilah gelagat permata hati ku...Sebelum aku berangkat pulang ke KL pada sebelah tengahari ingat nak singgah ke Tanah Rata dan Kea Farm dulu untuk dapatkan buah tangan.
Percutian aku ke Tanah Tinggi Cameron bersama keluarga adalah satu kepuasan yang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. Percutian aku pada kali ini, berjaya untuk merapatkan lagi hubungan mesra aku sekeluarga. Oleh itu bagi teman-teman yang mempunyai keluarga mahupun yang masih bujang, bawa-bawalah diri anda serta keluarga anda untuk bercuti dengan harapan percutian yang di rancangkan dapat memberi kebaikan kepada diri anda serta hubungan anda sekeluarga. Renung-renungkan dan selamat bercuti.