Welcome ~

Pages

Saturday, December 11, 2010

NASI GORENG BAWANG PUTIH



Guys kali nie aku nak kongsikan masakan kegemaran aku "Nasi Goreng Bawang Putih"

Bahan-bahannya:

1. Nasi (telah disejukkan)
2. Bawang Putih (di cincang halus)
3. Cili Merah / Bell Papper (di potong dadu)
4. Lobak Merah (dipotong dadu)
5. Telor Ayam
6. Lada Hitam (dikisar halus)
7. Daun Pasley (dicincang halus)
8. Garam Halus
9. Planta (campurkan bawang putih dan pasley kemudian dibekukan)

Cara Memasak:

1. Masukkan planta yang telah dibekukan kedalam kuali secukupnya.
2. Masukkan bawang putih yang telah di cincang halus, goreng hingga bertukar
    warna.
3. Kemudian masukkan cili merah / bell papper
4. Seterusnya masukkan lobak merah digaul rata
5. Ketepikan bahan tadi kemudian pecahkan telur, kacau telur hingga masak
6. Masukkan nasi seterusnya gaul hingga sebati bahan-bahan tadi
7. Setelah itu masukkan lada hitam gaul hingga rata
8. Akhir sekali taburkan garam halus secukup rasa
9. Angkat dan hidangkan.

Guys rahsia keenakkan nasi goreng bawang putih ialah terletak pada butternya (planta / magerin) tadi. Maksud aku, campuran antara planta + bawang putih + pasley yang sempurna akan menentukan keenakkan nasi goreng kita. Pehh!!! kalau tak sedap bohonglah...inilah nasi goreng yang terbest sekali, kalau tak caya cuba try..kalau nak sedap lagi masukkan isi ayam yang telah dicincang halus...percayalah.!! kalau bini lalu kat sebelah mesti buat tak paham jea...bukan apa takut dia mintak sesudu dua...hahahaha..!!!!
SELAMAT MENCUBA.

Monday, December 6, 2010

PANDUAN TERHADAP ANAK RUAM



Ruam bergantung kepada simptom-simptom seperti sakit tekak atau kemuntahan.

Sesetengah ruam, seperti ruam lampin adalah sangat mudah untuk dikenali tetapi jika kita tidak pasti mengapa anak kita mengalami ruam, kita digalakkan berjumpa doktor untuk mendapatkan diagnosis dengan segera. Ini bukanlah bermaksud setiap jenis ruam itu adalah serius, doktor yang akan memastikan serta menasihatkan terhadap langkah apa yang perlu diambil sama ada menggunakan losyen kalamin atau krim.

Sila ikut panduan diatas, jika kita rasakan yang ruam anak kita itu  adalah cacar air, dapatkanlah temujanji dengan doktor.

PANDUAN TERHADAP ANAK SELSEMA


Hidung tersumbat dan gatal-gatal, sakit tekak, batuk kekeringan dan adakalanya berkahak serta suhu badan yang tidak normal menunjukkan anak kita sedang dilanda selsema.

Pemberian susu amat baik dilakukan kepada anak kita walaupun anak kita tidak dapat menyusu dengan selesa kerana tidak boleh bernafas dengan normal melalui hidung. Anak kita mungkin akan muntah apabila hingus bercampur dengan susu. Pastikan anak kita diberi air masak untuk mengekalkan dehidrasi. Tidurkan anak kita didalam posisi telentang jika tidur anak kita terganggu oleh keadaan hidung tersumbat, dapatkan air saline untuk dititis masuk ke dalam hidungnya.

Jika suhu badan anak kita agak luar biasa, kita boleh gunakan ubat tahan sakit untuk menurunkan suhunya dan pastikan kita sering memeriksa suhu badannya. Walaupun sudah memberikan anak kita ubat doktor kita harus sentiasa periksa anak kita pada waktu malam selepas kita tidurkan anak kita. Sekirannya anak kita gelisah akibat batuk-batuk, naikkan sedikit kepalanya untuk bantu anak kita berasa lebih lega.

Jika anak kita mempunyai masalah dalam bernafas, batuknya berterusan sehingga lebih dari 1 minggu atau dia mempunyai simptom-simptom lain yang membimbangkan kita digalakkan berjumpa doktor dengan segera.

PANDUAN TERHADAP ANAK SAKIT TELINGA


Jangkitan telinga adalah sangat biasa dialami oleh kanak-kanak dan sering diikuti dengan serangan selsema. Anak kita mungkin menarik telinga mereka bagi menunjukkan kepada kita rasa ketidakselesaan dan kemungkinan berlakunya iritasi.

Jangkita telinga biasanya akan hilang dengan sendirinya tanpa perlu diberi ubat antibiotik. Ubat tahan sakit adakala digunakan untuk melegakan kesakitan ditelinga anak kita. Jangan terpedaya dengan minyak serta ubat titis tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu ini kerana gegendang telinga anak kita mungkin akan berlubang akibat terkena jangkitan. Sekirannya anak kita menjerit dalam keadaan kesakitan dan terdapat sesuatu keluar dari telinganya, ia biasanya adalah tanda bahawa gegendang anak kita sudah berlubang.

Jika jangkita berlangsung melebihi 48 jam kita digalakkan membawa anak kita untuk berjumpa doktor. Kejadian jangkitan yang berulang boleh menyebabkan  berlakunya gam telinga dimana banyak bendalir didalam telinga keluar. Dalam beberapa kes, relang akan dimasukkan melalui gegendang telinga kanak-kanak untuk menghilangkan bendalir ini.


PANDUAN TERHADAP ANAK DEMAM


Anak DEMAM..!!!

Sekirannya anak kita berumur 3 bulan kebawah pada peringkat suhu badannya mencecah 38 darjah celsius dia sedang mengalami demam oleh itu kita wajib bawa dia berjumpa doktor manakala bagi anak yang berusia 3 bulan ke atas, suhu peringatan bagi mereka adalah 39 darjah celsius. Kulit anak akan kelihatan kemerahan, rasa badannya hangat dan adakalanya dia berpeluh.

Jangan selimutkan anak kita walaupun dia mengadu kesejukkan, sebaliknya tanggalkan baju dan seluar, buka tingkap serta kipas untuk sejukkan biliknya. Anak kita akan kehilangan cecair dalam badan oleh itu berikan anak kita susu atau air masak dengan kerap. Ubat tahan sakit untuk kanak-kanak juga berkesan untuknya tetapi kita harus berhati-hati dengan sesetengah jenama ubat dan sentiasa periksa kandungan ubat untuk menentukan kesesuaian bagi anak kita.

Jika anak kita tidak mahu makan atau tidak lena tidur manakala demamnya semakin teruk berjumpalah dengan doktor dengan kadar segera ini kerana suhu badan yang terlampau panas boleh menyebabkan anak kita terkena sawan (febrile convulsion).






Sunday, December 5, 2010

HARI KEPUTERAAN BAGINDA SULTAN SELANGOR



Mohon Merafak sembah serta menjunjung kasih dan ucapan tahniah di atas keputeraan D.Y.M.M Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang ke 65 tahun. Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor Serta Segala Daerah Takluknya. DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!

Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dimasyhurkan sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 22 November 2001 bersamaan dengan 6 Ramadhan Tahun 1422 Hijrah. Pemasyhuran Baginda adalah berikutan kemangkatan Padukan Ayahanda Baginda Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada 21 November 2001. Baginda kemudiannya ditabal dan dimahkotakan dengan penuh Adat Istiadat Diraja di Balairung Seri,Istana Alam Shah, Klang dalam Istiadat Pertabalan dan Kemahkotaan pada 8 Mac 2003 bersamaan dengan 5 Muharram 1424 Hijrah. Baginda adalah putera sulong D.Y.M.M. Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Y.M.M Paduka Bonda Raja Selangor, Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah. Baginda diputerakan di Istana Jemaah, Klang yang kini dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang pada 24 Disember 1945. Pada September 1960 ketika Baginda berusia 15 tahun, Baginda telah diisytiharkan sebagai Raja Muda Selangor. Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menjunjung Duli sebagai Raja Muda ke 8 telah diadakan pada tahun 1970 di Istana Alam Shah. Baginda telah dikurniakan dengan dua orang Puteri iaitu Y.A.M Tengku Zerafina dan Y.A.M Tengku Zatashah, dan seorang Putera, D.Y.T.M. Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor. Baginda telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Raja Muda, Kuala Lumpur dan St.John Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1954 hingga 1959. Pada tahun 1960, Baginda melanjutkan pelajaran ke Perth, Australia hingga tahun 1964 dan meneruskan pelajaran Baginda di England hingga ke tahun 1968. Pada tahun yang sama Baginda kembali ke tanah air dan berkhidmat di dalam Pentadbiran Kerajaan di mana perkhidmatan pertama Baginda di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Baginda juga pernah berkhidmat di Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan Jabatan Polis Diraja, Kuala Lumpur yang membolehkan Baginda memperolehi pengalaman dan pengetahuan yang begitu kuas di dalam bidang pentadbiran. Baginda telah dilantik buat pertama kalinya sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Raja pada 23 Februari hingga 20 September 1969 semasa Paduka Ayahanda Baginda berangkat ke England. Baginda telah beberapa kali dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor dari masa ke semasa, dari tahun 1972 hingga tahun 1997. Pada 24 April 1999, Baginda telah dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor sekali lagi apabila Paduka Ayahanda Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11. Baginda telah membuat beberapa lawatan rasmi ke Daerah-daerah untuk melihat pembangunan dan juga masalah-masalah setempat yang dihadapi oleh rakyat Baginda dan beramah mesra dengan mereka. Baginda juga telah beberapa kali merasmikan Mesyuarat Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1972, 1974, 1989, 1997, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004 dan 2005. Baginda telah dianugerahkan Darjah Kerabat (Yang Amat Dihormati) Selangor pada tahun 1973 dan Darjah Kebesaran Pertama, Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J.) pada tahun 1975. Baginda juga telah dianugerahkan Darjah-Darjah Kerabat dari Negeri Terengganu, Kelantan, Perak, Perlis, Negeri Sembilan dan Kedah. Baginda adalah pemegang pertama Darjah Kebesaran Dato' Setia - Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S) yang Baginda zahirkan pada tahun 2002. Baginda telah dianugerahkan Darjah Kebesaran-Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N.) oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong semasa Pertabalan dan Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia sebagai Sultan Selangor ke 9 pada 8 Mac 2003.


Dalam bidang ketenteraan, Baginda telah ditauliahkan sebagai Mejar Kehormat Tentera Darat (Wataniah) Malaysia pada tahun 1974 dan Komander Kehormat Sukarelawan Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia pada tahun 1998. Pada tahun 2002, Baginda telah dilantik sebagai Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia. Baginda amat berminat di dalam aktiviti sukan termasuk sukan lasak seperti mendaki gunung, memandu kereta antik jarak jauh dan belayar mengelilingi dunia dengan kapal S.Y.JUGRA. Baginda mendapat pengiktirafan sebagai Putera Inspirasi dan banyak lagi pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Baginda berkaitan dengan "maritime". Baginda dilantik sebagai Penaung kepada Persatuan-Persatuan Sukan dan Seni. Hobi Baginda adalah membaca, belayar, fotografi, mengumpul setem serta sampul surat Hari Pertama, mengumpul "vintage cars" dan mengumpul senjata tradisi orang-orang Melayu. Pada 9 November 1998, Baginda telah berjaya melancarkan buku pertama Baginda iaitu "Peking to Paris". Pada tahun 1976, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Member Of The Philatelic Society" di Malaysia. Yayasan Antarabangsa Rotary telah menganugerahkan "Paul Harris Fellow" kepada Baginda. Pada tahun 1998, Baginda telah menerima anugerah tertinggi dari Persatuan Pengakap Malaysia iaitu "Pingat Semangat Padi". Pada tahun 1989, Baginda telah dilantik sebagai "Honorary Life Commodore" oleh Pelayaran Diraja Selangor "Royal Selangor Yacht Club". Baginda berminat di dalam bidang seni dan telah mengumpul banyak lukisan-lukisan tempatan dan Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Galeri Shah Alam pada tahun 1991. Pada tahun yang sama juga Baginda telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Seni Selangor Darul Ehsan. Pada 11 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Fellow of The Chartered Institute Of Transport". Pada 25 Mei 2000, Baginda telah dilantik sebagai "Pro Canselor" UiTM dan pada 31 Mac 2001, Baginda telah dianugerahkan Darjah Kehormat Doktor Pentadbiran Awam. Pada 1 April 2002 Baginda telah dilantik sebagai Canselor Universiti Putra Malaysia.


Pencapaian tertinggi di dalam kegiatan sukan lasak ialah apabila nama Baginda telah terukir di dalam "Malaysia Book of Records" sebagai "The First To Sail Around The World" dan "The First To Complete Peking-Paris Motor Challenge"pada tahun 1998. Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka di dalam perkembangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas di dalam mengatasi masalah-masalah kemanusiaan. Di dalam bidang agama pula Baginda sering bertitah di masjid-masjid menasihatkan rakyat jelata agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan. Baginda adalah seorang Sultan yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kemajuan rakyat dan aku bangga menjadi anak Selangor.